Followers

Monday, February 25, 2013

aiskrim homemade

Assalamualaikum.

Harap2 semua sihat dan sentiasa di rahmati allah sentiasa. aamiin :)

Hari ni saya nak berkongsi resepi homemade ice cream :)

Bahan-bahan

2 cawan susu segar
2 cawan krimer ()
2 sudu besar gula
Pisang (tak nak letak pun tak apa) - untuk flavour

Cara-cara

1. campurkan semua ke dalam pengisar.
2. kisar semuanya sampai halus, kemudian masukkan ke dalam peti ais.
3. biarkan dia sejuk semalaman. esok nikmatilah aiskrim homemade anda :D

pesanan : disebabkan aiskrim ni tidak mempunyai sebarang bahan penambah dalam makanan. maka, aiskrim ini perlu dibiarkan seketika sebelum mencedok nya ke dalam pingan. biarkan aiskrim ini diluar sehingga agak lembut supaya dapat menikmati aiskrim yang sedap macam di kedai

Friday, February 22, 2013

Ikan Lengat

Assalamualaikum semua :)

Ok hari ni saya nak share 1 makanan kegemaran saya. Senang ja iaitu Ikan Lengat

Bahan-bahan :

Ikan
Garam
Minyak
Kicap
Cuka

Cara-caranya :

1) Ikan yang telah siap dicuci akan dikukus. Ikan tersebut akan disapu dengan garam lalu dikukus. Agak2 la ye nak makan berapa banyak.

2) Setelah dikukus, ikan dibiarkan sejuk lalu digoreng. Selalunya saya akan goreng keesokan harinya.

3) Ikan lengat ni sedap di cicah dengan kicap yang dicampurkan dengan sedikit cuka.

p/s : cuba ya makanan utara.

Kek Marbel

*credit to my classmate fb*

BAHAN- BAHAN


1 1/2 cwn gula halus

2 cwn tpg gndum
1 cwn mrjerin daisy
4-5 biji telur
1 1/2 air masak/susu segar

2 sudu kecil baking powder.
1penutup esen vanila

CARA-CARANYA


1)gula dan telur sampai naik
2)marjerin pukul dalam bekas lain kemudian campurkan dengan adunan gula dan telur. kemudian kacau lagi
3)masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder
4)masukkan air@susu
5)masukkan esen vanila

bahagikan kepada beberapa bahagian...letak pewarna yang disukai.sendukkan satu adunan yang berwarna dan letak dalam loyang kemudian diikuti adunan warna yang lain.curahkan secara bertindan..bulatan tersebut akan membesar dan jadi macam gambar di atas..


p/s: loyang dialas dengan kertas minyak supaya x melekat

Moment to remember


Assalamualaikum. Hye semua.

Hari ni saja ja buat blog sebab pada saya blog ni merupakan satu alternatif untuk menyimpan sesuatu benda. Nak simpan dalam buku takut letak merata, kang susah plak nak main 'campak-campak'.

Hehehe. Nama blog ni 'dunia campak campak' bukanya bermaksud sakit campak ye. Tapi disebabkan bila kita cakap dekat seseorang pandainya masak, nanti selalunya orang akan jawab. Senang je. Campak-campak je. Hehehhe :)

Harap2 saya boleh berkongsi resepi dengan rakan-rakan, begitu juga dengan rakan-rakan yang lain. Sama-sama kita berkongsi satu sama lain ilmu masakan ni. Insyaa Allah bila kita ajar orang allah akan tambahkan lagi.


kredit to mr gugle