Followers

Tuesday, April 9, 2013

resepi pai tee



Bahan untuk inti sayur :-

* Satu batang carrot ( hiris halus/sagat)
* Satu batang timun (hiris halus/sagat)
* Sebiji sengkuang (hiris halus/sagat)
* 1/2 biji bawang besar
* 2 ulas bwg putih
* 3 sudu bsr udang kering (rendamkan dlm air sebentar)

1) Tumbuk/kisar bwg besar, bwg putih dan udang kering.
2) Panaskan minyak sedikit, dan tumis bahan yang ditumbuk/kisar.
3) Bila bau dah agak naik letakkan garam/serbuk perasa/pak aji.
4) Masukkan sayuran yang telah dihiris halus/sagat.
5) Masak sebentar, tutup api dan ketepikan.

P/ S :: Inti boleh dipelbagaikan ikut suka. Ada yang buat inti daging, telur dan sebagainya.

Bahan untuk sos pencicah :-

6 biji cili merah
5 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1/2 sudu cuka makan
4 sudu gula
Sedikit air

1) Kisar cili merah,cili padi,bwg putih,cuka makan dan gula.
2) Masak atas api dan letakkan sedikit air.
3) Masak sebentar sehingga kuah jadi pekat sedikit. Tutup api

p/s :: Nak rasa pedas lagi boleh tambah cili, nak rasa manis lagi boleh tambah gula.


Bahan untuk adunan kulit :-

180g tepung beras
50g tepung gandum
50g tepung jagung
1 biji telur gred A
Secubit garam
Air secukupnya

1) Satukan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung dan garam.
2) Gaul rata guna whisk/tangan.
3) Masukkan telur dan air sehingga sebati.
4) Adunan mesti menjadi tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat (tekstur adunan mcm adunan roti jala).
5) Tapis atau blend untuk jadikan adunan lebih halus (tak buat pun takpa)

Cara menggoreng kulit pai tee :-

1) Panaskan minyak secukupnya untuk goreng terendam.
2) Celupkan acuan pai tee kedalam minyak yg sudah panas lebih kurang 30 saat.
3) Angkat acuan dari minyak panas, celupkan pula dalam adunan kulit tadi.
4) Celup semula acuan yang telah disalut dgn adunan kulit dalam minyak panas tadi.Biar kulit pai tee mengeras dan tekan sikit ke dasar kuali agar lapisan bawah rata dan pai tee dpt berdiri tegak bila siap digoreng nanti.
5) Tanggalkan kulit pai tee dari acuan. Jika susah tanggal boleh gunakan garfu.
6) Goreng hingga warna perang sedikit, angkat dan toskan.
7) Ulang langkah 1-6 sehingga adunan kulit habis.
Kulit pai tee yang telah siap digoreng boleh disimpan dalam bekas kedap udara.

p/s :: Acuan pai tee yang telah selalu digunakan biasanya akan tertanggal sendiri apabila digoreng. (Proses menggoreng sama mcm nak buat kuih ros/kuih goyang).

Cara menghidang :-

1) Masukkan inti sayur kedalam kulit pai tee yang telah digoreng.
2) Hidangkan dengan sos pencicah.
3) Seelokknya apabila hendak dimakan baru inti dimasukkan kedalam kulit pai tee bagi mengelakkannya lembik.

Harap maaf, kalau ada salah dan silap yer. Selamat mencuba

p/s : 
rendam acuan tu dlm minyak panas dulu. Biar dlm 30 saat. Pas tu baru celup tepung dan grg dlm minyak panas. Acuan yg dah lama guna biasa mmg akn tanggal sndiri. Sy pn da dkt 2thn guna baru dpt jadi cantik n tanggal sndiri.

sumber : fb buku resepi

Monday, April 8, 2013

telur bistik


BAHAN-BAHAN:
  • 3 biji telur ayam                                    | dipecahkan dan dipukul
  • 30gm sayur campur
  • 20gm daging ayam                             | dicincang
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 biji bawang besar                          | dihiris
  • 2 ulas bawang putih                         | diketuk
  • Garam secukup rasa
  • 180ml air
  • Minyak masak secukupnya
     
CARA MEMASAK:
  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali, masukkan bawang putih dan bawang besar. Kacau sebati sehingga layu.
  2. Masukkan sos cili,sos tiram dan air. Biarkan selama seminit.
  3. Kemudian masukan daging ayam yang di cincang kacau sehingga daging ayam masak.
  4. Masukkan sayur campur. Masukkan garam secukup rasa. Kacau sehingga pekat, angkat dan ketepikan.
  5. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng telur ayam yang di pukul tadi seperti menggoreng telur dadar tetapi nipis.
  6. Apabila telur dadar masak ambil bahan inti yang telah di masak tadi dan letakkan di atas telur dadar. Lipatkan menjadi empat segi. 
  7. Sedia dihidangkan.

p/s : kalau taknak letak dalam telur pun bole. curahkan diluar telur yg berisi ayam ;) guna nonstick pan ya supaya hasil telur lebih cantik dan xmelekat

sumber : karangkraf

Friday, April 5, 2013

Carrot Oat Cake

*gugle*

Bahan2nya:
1 cawan tepung gandum *
1 sudu kecik baking powder * ita guna double action BP(atas saranan kak Jee)
½ sudu kecik soda bicarbonate *
½ sudu kecik garam *
1 sudu kecik serbuk pala
1 sudu kecik serbuk kayu manis * (semua bertanda * disatukan & ayak)
2 biji telor gred A
¾ cawan minyak jagung (kjee guna canola)
¾ cawan gula halus (kjee guna gula perang)
1¼ cawan carrot sagat ( guna kitchen paper towels untuk perapkan airnya)
½ cawan nenas tin (cincang kasar2 & toskan)
½ cawan oats
½ cawan gajus - ita guna pistachio (bakar sekejap)

Bahan cream cheese topping:
½ ketul mentega
½ ketul philadelphia cream cheese
beberapa titis vanilla
3 sudu besar gula icin
2 sudu besar  whipping cream - ita tambah

Cara membuatnya:
Panaskan oven 180C. Kemudian ambil loyang empat segi 7x7inci dan letak sedikit minyak dan dialaskan dengan kertas minyak. Jika tidak, tabur sedikit tepung setelah diminyakkan acuan itu.
Telor dicampur bersama minyak dan gula. Dikacau kira2 lima minit hingga sebati. Kemudian masukkan semua bahan yang telah diayak. Kacau hingga sebati guna spatula. Kemudian masukkan oats, carrot dan nenas dan gaul lagi dengan spatula. Akhir sekali masukkan kacang gajus yang telah diramas sedikit hingga pecah2.
Tuang ke dalam acuan dan masukkan ke dalam oven. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam.

Cara membuat cream cheese topping:
Satukan semua bahan2 dan putar sampai sebati dan halus. Kjee putar guna tangan. Kemudian sapu atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu. jika terlalu pekat dan susah nak disapukan atas kek, tambahlah sedikit susu segar.
Resipi ini sesuai untuk keluarga seramai tiga orang jer. Lebih dari tu kena gandakan bahan2nya.
* cara ita :
Setelah kek masak sejukkan dahulu. Potong kek kepada 2 bahagian.  Letakkan Cream Cheese toping atas lapisan kek yg telah dipotong. Kemudian tindihkan dgn satu lapisan lagi. Untuk kek ita ni ita terpaksa buat 2 adunan cream cheese kerana tak cukup kalau satu adunan. Untuk carot yg kat atas kek tu ita gunakan fondant.

Sumber : Masam Manis