BAHAN-BAHAN:
- 3 biji telur ayam | dipecahkan dan dipukul
- 30gm sayur campur
- 20gm daging ayam | dicincang
- 1 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos cili
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 2 ulas bawang putih | diketuk
- Garam secukup rasa
- 180ml air
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak di dalam kuali, masukkan bawang putih dan bawang besar. Kacau sebati sehingga layu.
- Masukkan sos cili,sos tiram dan air. Biarkan selama seminit.
- Kemudian masukan daging ayam yang di cincang kacau sehingga daging ayam masak.
- Masukkan sayur campur. Masukkan garam secukup rasa. Kacau sehingga pekat, angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng telur ayam yang di pukul tadi seperti menggoreng telur dadar tetapi nipis.
- Apabila telur dadar masak ambil bahan inti yang telah di masak tadi dan letakkan di atas telur dadar. Lipatkan menjadi empat segi.
- Sedia dihidangkan.
p/s : kalau taknak letak dalam telur pun bole. curahkan diluar telur yg berisi ayam ;) guna nonstick pan ya supaya hasil telur lebih cantik dan xmelekat
sumber : karangkraf
sumber : karangkraf
No comments:
Post a Comment