Followers

Friday, April 5, 2013

Carrot Oat Cake

*gugle*

Bahan2nya:
1 cawan tepung gandum *
1 sudu kecik baking powder * ita guna double action BP(atas saranan kak Jee)
½ sudu kecik soda bicarbonate *
½ sudu kecik garam *
1 sudu kecik serbuk pala
1 sudu kecik serbuk kayu manis * (semua bertanda * disatukan & ayak)
2 biji telor gred A
¾ cawan minyak jagung (kjee guna canola)
¾ cawan gula halus (kjee guna gula perang)
1¼ cawan carrot sagat ( guna kitchen paper towels untuk perapkan airnya)
½ cawan nenas tin (cincang kasar2 & toskan)
½ cawan oats
½ cawan gajus - ita guna pistachio (bakar sekejap)

Bahan cream cheese topping:
½ ketul mentega
½ ketul philadelphia cream cheese
beberapa titis vanilla
3 sudu besar gula icin
2 sudu besar  whipping cream - ita tambah

Cara membuatnya:
Panaskan oven 180C. Kemudian ambil loyang empat segi 7x7inci dan letak sedikit minyak dan dialaskan dengan kertas minyak. Jika tidak, tabur sedikit tepung setelah diminyakkan acuan itu.
Telor dicampur bersama minyak dan gula. Dikacau kira2 lima minit hingga sebati. Kemudian masukkan semua bahan yang telah diayak. Kacau hingga sebati guna spatula. Kemudian masukkan oats, carrot dan nenas dan gaul lagi dengan spatula. Akhir sekali masukkan kacang gajus yang telah diramas sedikit hingga pecah2.
Tuang ke dalam acuan dan masukkan ke dalam oven. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam.

Cara membuat cream cheese topping:
Satukan semua bahan2 dan putar sampai sebati dan halus. Kjee putar guna tangan. Kemudian sapu atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu. jika terlalu pekat dan susah nak disapukan atas kek, tambahlah sedikit susu segar.
Resipi ini sesuai untuk keluarga seramai tiga orang jer. Lebih dari tu kena gandakan bahan2nya.
* cara ita :
Setelah kek masak sejukkan dahulu. Potong kek kepada 2 bahagian.  Letakkan Cream Cheese toping atas lapisan kek yg telah dipotong. Kemudian tindihkan dgn satu lapisan lagi. Untuk kek ita ni ita terpaksa buat 2 adunan cream cheese kerana tak cukup kalau satu adunan. Untuk carot yg kat atas kek tu ita gunakan fondant.

Sumber : Masam Manis

No comments:

Post a Comment